Tuesday, January 14, 2014

The Rising Chef

Tajuk entry di atas bukan untuk I tapi didedikasi khas buat Chef Adu Amran. I ni taraf-taraf amatur sangat. Jangan kan nak create resepi sendiri, nak ikut buku resepi pun dekat 20 kali dok baca. Nak perfect katakan...hahahaha... Anyway, bila ternampak je buku resepi hasil pengalaman Chef Adu kat kedai buku terus sambar. Belek punya belek, akhirnya ambil keputusan nak buat Puding Kulit Kayu Manis. Puding lagi??? Sebab bahan-bahan dia mudah & not complicated...
Inilah Chef Adu Amran. Siapa yang minat tengok Masterchef Malaysia mesti perasan...
Bahan-bahan resepi puding beliau dari buku Ikan di laut, asam di darat...
PUDING KULIT KAYU MANIS:

Bahan-bahannya:

4 biji telur
400 ml santan
150 gm gula melaka (diparut) @ gula merah
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Cara membuatnya:

1.  Pukul semua bahan di dalam mangkuk menggunakan pemukul tangan sehingga sebati.
2.  Tapis untuk mengelakkan gula yang tak hancur.
3.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk nasi kecil ala Cina & kukus selama 30 minit dengan kepanasan air kukusan yang tak menggelegak. Jika air kukusan terlalu panas, tekstur puding akan menjadi kasar. Enak dimakan ketika sejuk.
Chef suruh guna pemukul tangan saja, tapi terlebih rajin pi pakai mixer
Pengukus moden. Tak boleh control air menggelegak
Sementara menunggu puding, hidangan sampingan dah tersedia. Lempeng bersama kari nyonya yang marvellous. Hidangan tersebut sebenarnya dah overshadow my puding. Bukan main bangga la pembuatnya. Siapa??? You guest. Hahaha... Lain kali I share resepinya pulak.
Inilah puding kulit kayu manis yang so-so aje
Dalam resepi tu tak ada kuah kastard, tapi I pandai-pandai buat.
Penambahbaikan

1.   Tak perlu guna mixer. Bancuh pakai tangan je.

2.   Puding agak berair sebab agak lambat angkat. Dah masuk wap air.

3.   Try guna pengukus tradisional untuk control suhu air kukusan.

4.  Guna mangkuk cina seperti yang disarankan. I pakai bekas untuk bakar kek sebab nak beli tak jumpa pulak.

5.   Mistake terbesar I buat ialah kastard. Patutnya tak payah sebab kastard tu untuk resepi lain Chef Adu...Kalau I masuk ujian cipta rasa dalam Masterchef, mesti dah kena hantar ke pusingan penyingkiran. Mesti Chef Joe cakap, "Kastard tu buat anda memakai apron hitam untuk kali ni..." Hahaha...berangan...

Insya-Allah, kalau resepi ni dibuat dengan teknik yang betul pasti hasilnya lebih memuaskan. Selamat mencuba...!

Friday, January 3, 2014

Pulau Aman: Sebutir Permata Di Dalam Lumpur

Sebelum 2013 berlabuh, berangan-berangan nak pergi bercuti with my wife. Tapi ke mana? Pulau Jerejak? Erk...over the budget. Taiping? Kos minyak, tol & penginapan. Plus zero knowledge jalan. Solok Denai? Kena booking awal. Hmm...What about Pulau Aman? Dan inilah secebis kisah percutian dari 30 - 31 Disember 2013 yang lalu...
Perjalanan bermula dari Sungai Petani konvoi bersama my biras. Turut serta my FIL, MIL, adik ipar & 2 orang anak menakan. Senang jer nak ke Pulau Aman. Keluar tol Plus Bukit Tambun & ikut papan tanda yang disediakan ke Jeti Batu Musang. Gambar di atas menunjukkan jalan masuk ke jeti. Boleh parking kenderaan di kiri-kanan. Bayaran RM5.00
Mercu tanda Kompleks Jeti Batu Musang
Papan promosi. Antara tarikan Pulau Aman - sport-fishing, batu perompak, & pokok sukun pulut. Buah sukun di pulau ini dikatakan lebih enak dari biasa, mungkin disebabkan pendedahan kepada air masin. I pernah try kerepek sukun, emm... memang sedaplah. Selain itu, ada sebuah telaga emas. Hmm...sebenarnya I dah beberapa kali pergi ke Pulau Aman...empat, lima tahun lepas. Kebanyakan tempat tu dah dijelajahi secara free saja. Bezanya dulu atas urusan kerja...now nak bercuti sekaligus bermalam.
Bangunan Kompleks Jeti Batu Musang
Mengabadikan kenangan...macam kat luar negara kan???
Kami sampai awal sedangkan bot pertama pun pukul 10.00 a.m. Masing-masing berposing sakan menghilangkan kebosanan. Dengan kenakalan 2 orang anak menakan lagi...silap-silap kalau tak dijaga mau jatuh laut dia orang tu. I sengaja suruh my wife ambil gambar dari belakang masa I tengah berjalan... tak sangka pulak tertangkap sekali gambar biras I. Anyway nice picture!
Pemandu bot wanita o.k... Pukul 10.30 a.m baru kami dapat naik
...tapi perjalanan ke Pulau Aman cuma lebih kurang 10 minit
Disebabkan chalet yang ditempah tu masih ada orang & kami pun memang terawal...apa lagi masing-masing buat aktiviti sendiri. Kekonon nak asah bakat fotografi yang tak seberapa, ambil la shot kat tepi pantai. Saluran paip (agaknyalah) jadi subjek. Come tak Kak Ton?? Come tak Kak Ton?? Hahahaha...
Anak buah pun jadi mangsa subjek
Ini pulak jeti point baru di Pulau Aman. Tapi sebab musabab tak digunakan hingga kini menjadi satu misteri. Tengok papan tanda projek, naik taraf siap tahun 2012. Apa pun memang menarik permandangan kat sini. Nak memancing pun boleh.
Satu lagi sudut menarik di Pulau Aman. Anak buah I tu mengekor je kerjanya
Inilah permandangan dari pangkin chalet yang ditempah. Actually kami pindah masuk lepas Zohor. Penyewa sebelumnya nak extend sampai pukul 1.00 p.m. Nasib baik Kak Mahani bagi kami rehat kat chalet kawan dia dulu. Tapi tak teringat pun nak ambil gambar kat situ. Kak Mahani ni memang I kenal sejak zaman dok buat penghakiman KPW dulu-dulu.
Perut berkeroncong yang amat bila masuk ke sini...
Orang dari tanah besar sanggup datang jauh semata-mata nak menikmati kesedapan mee udang sini. Tapi...disebabkan kelaparan nasi, kami semua order nasi goreng udang kecuali my wife. Hidangan dia dulu sampai...& dekat nak habis baru kami punya order mai...Tak sempat nak snap gambar dah ngap...ngap...ngap...
Petangnya kami cadang nak kutip siput. Jumpa dengan budak-budak kat pulau ni tanyakan lokasi yang dimaksudkan. Nah! Carilah di dalam kawasan seperti dalam gambar kat atas. Masalahnya tengok keadaan sekeliling tu...kotor sangat. Tak lalu. Maka proses mencari siput pun ditukar dengan aktiviti berjalan-jalan, cadang nak ke Telaga Emas tapi itu pun terpaksa dibatalkan. Hujan rintik-rintik! Tapi bila dah balik chalet bukannya hujan pun.
Aktiviti malam diisi dengan BBQ...nyum..nyum...nyum
Esoknya sebelum balik, ambil kesempatan jalan-jalan lagi keliling pulau. Tapi my FIL, biras & anak menakan tak ikut. Dia orang dah tunggu siap-siap kat jeti nak naik bot pukul 10.00 a.m. Inilah pokok sukun pulut tertua di Malaysia. Tertulis kat situ:
"Di tanam oleh Tok Awang bin Akib
Guru Qur'an Pulau Aman
Pada Tahun 1890
Sukun Tertua Di Malaysia"
Ingat nak melawat Telaga Emas tapi tak sempat. My FIL telefon, bot dah sampai katanya. My wife, MIL dengan adik ipar pulak macam tak berminat nak teruskan langkah.
Yang ni tak pasti sama ada chalet atau dewan. Bangunan cantik, sayang kalau tak dijaga
Begitulah serba sedikit yang I dapat coretkan mengenai percutian ini. Sangat sederhana tapi yang penting dapat luangkan masa dengan keluarga. Bayaran yang Kak Mahani kenakan pulak RM80.00/malam. Padahal masa booking dia kata chalet dari harga RM120.00 ke atas untuk satu malam. Berbaloi & sesuai dengan tema percutian kampung. Cuma penduduk Pulau Aman ni kenalah menitik- beratkan aspek kebersihan, keceriaan sebab ada kawasan & chalet yang tak terjaga. Sebelum mana-mana kontraktor nak majukan pulau ni atas tujuan pelancongan komersil, lebih baik langkah-langkah diambil supaya income keluar-masuk hanya untuk penduduk Pulau Aman. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa chalet, boleh menghubungi Kak Mahani di talian 013-4590330.
Sampai kat tanah besar, ternampak banner Sambutan Ambang 2014. Tanya pada budak yang jual air kat situ, ada sambutan tahun baru kah kat sini? Aaa... jawab dia. Kat kawasan tu pun ada bangunan perniagaan komersil. Hmm...arus pembangunan dah sampai kat sini. Maknanya apa yang I fikirkan tadi berasas. Apa pun di mata I, Pulau Aman ibarat sebutir permata di dalam lumpur. Berharga tetapi masih perlu digilap, dihilangkan kekotoran bagi menyerlahkan sinar gemerlapannya.

Sunday, December 22, 2013

Mencuba hidangan Tok Ti...

Sudah terlalu lama hasrat berblog mengenai fotografi & kulinari tertangguh...

Namun hati meronta-ronta & jeng...jeng...jeng...akhirnya I memilih untuk mencuba resepi Tok Ti. Tok Ti?? Siapa Tok Ti?? Lawyer? Majistret? Doktor? Apa...? Tok Ti penyanyi wanita tersohor??? 

Al-kisahnya resepi ini dibukukan sebelum beliau menerima title Datuk' sekitar tahun 2005. Kepada yang berhajat mencuba resepi-resepi lain, silalah mencari 'Seleksi Rasa Selebriti' keluaran Karangkraf. Itu pun kalau masih ada dijual. Muahhh....

Buku resepi...sangat amatur lagaknya
                                                      
PUDING ROTI BADARSILA:

Bahan-bahannya:

700 gm roti sandwich
1 tin susu cair
10 biji telur
250 gm gula pasir
300 gm kismis
300 gm buah kurma (buang biji)
200 gm mentega (dicairkan)
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanila

Sebelum resepi tu ditulis, ada la sikit interview dengan Tok Ti tapi ada partnya temuramah-temuramah tu tak selari dengan resepi. Macam mana tu? Kalau orang yang lurus bendul ikut satu-persatu resepi mesti pening. Dahlah resepi pun salah...ikutkan 1 tin susu segar! Mana ada susu segar jual dalam tin? I pun pandai-pandai tukar jadi susu cair (actually my wife yang beli bahan-bahan...hahaha)

SOS KASTARD SANGGAR MUSTIKA:

500 ml susu segar
80 gm gula pasir
30 gm gula kastard
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos ni pun sama. Tok Ti kata dia buat guna susu pekat campur susu cair. Tapi resepi tulis susu segar & susu pekat tak tertulis pun. I pun gunalah susu segar & campur sesudu besar susu pekat. Memang kena masuk susu pekat bagi kental.

Cara membuatnya:

1. Potong roti kecil-kecil. Pukul susu cair, telur & serbuk kayu manis bersama gula pasir sehingga  hancur. Tambahkan esen vanila.

2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam roti & rendam kira-kira 1/2 jam. Bila adunan dah lembut, campurkan kismis & kurma. Kacau & gaul rata-rata.

Macam come je, macam cantik je adunan ni
3. Sapukan acuan dengan mentega & masukkan aduan ke dalam acuan. Tuangkan mentega yang dicairkan ke atas adunan.

4. Bakar dalam suhu 180 celcius selama 45 minit atau mengikut saiz acuan sehingga masak.

5. Untuk sos, panaskan susu segar & gula pasir sehingga mendidih. Cairkan tepung kastard dengan sedikit susu segar. Apabila mendidih, tuangkan tepung kastard tadi ke dalam susu segar. Tambahkan esen vanila.

6. Kacau sehingga sebati & kelihatan pekat sedikit. Jangan dikacau lama untuk mengelakkan daripada berketul. Tapis & sejukkan sebelum dihidang bersama Puding Roti Badarsila.

Benarlah penantian satu seksaan...

...tapi kenapa macam tak kena jer dengan namanya Badarsila? Mungkin Puding Roti Beyonce or Dayang Nurfaizah lebih sesuai sebab rupanya hitam manis...hahaha...

Makan dengan Sos Kastard Sanggar Mustika
                                   
Penambahbaikan (untuk dicuba lain masa):

1. Kurangkan bahan-bahan seperti roti & telur kepada separuh. Puding ni dapat satu talam besar! Kalau ada 'askar-askar' bolehlah perabih...nasib baik I bagi jiran sebelah rumah sepiring. Selebihnya bawa ke rumah my FIL & MIL...hahaha...depa jenis tak cerewet makan.

2. Lebih baik mentega tu tak dicairkan tapi pukul sekali dengan susu cair, telur & gula pasir. I terlupa mentega patutnya dicairkan guna kaedah double boiler, bukannya api terus. Kan dah berminyak masa tuang atas adunan sebelum dibakar. Masa nak potong ya ampun lagi berminyak. Kesian my wife sebab dia yang potong...hehehe

3. Kerak roti sepatutnya dibuang. Barulah dapat warna cerah ala-ala Tok Ti juga...(Tok Ti tak story betul-betul dia punya resepi ni...hmm...)

4. Guna unsalt butter. My wife makan terkena bahagian masin hasil tuangan tak sekata mentega cair. Asyik kena getah jer dia, I ler kena dengar omelan dia.

5. Masa memasak or suhu oven patut dikurangkan! Nasib baik I tak lurus bendul, lepas 15 minit macam terbau hangit & tengok warna puding pun dah semacam terus turunkan suhu ke 60 celcius. Kalau tak, bukan setakat puding Beyonce @ Dayang Nurfaizah malah jadi Puding Orang Minyak terus!

6. I tak bubuh kurma sebab kurma tak ada. Boleh? Mungkin kurma akan menyerikan lagi puding ni. Rendam tu biar 1/2 jam or lebih bagi aduan meresap dalam roti. I rendam 15 minit je sebab tak sabar nak makan.

7. Kastard yang dah siap jangan lupa tapis. Yang ni memang silap I ler...tak baca habis. Memang agak berketul tapi rasa sedap. Ewah...

Selamat mencuba....!


Saturday, March 20, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah...

Terima kasih kepada Encik Zamri Mohamad yang membawaku ke dunia blogger.