Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

The Rising Chef

Tajuk entry di atas bukan untuk I tapi didedikasi khas buat Chef Adu Amran. I ni taraf-taraf amatur sangat. Jangan kan nak create resepi sendiri, nak ikut buku resepi pun dekat 20 kali dok baca. Nak perfect katakan...hahahaha... Anyway, bila ternampak je buku resepi hasil pengalaman Chef Adu kat kedai buku terus sambar. Belek punya belek, akhirnya ambil keputusan nak buat Puding Kulit Kayu Manis. Puding lagi??? Sebab bahan-bahan dia mudah & not complicated...
Inilah Chef Adu Amran. Siapa yang minat tengok Masterchef Malaysia mesti perasan...
Bahan-bahan resepi puding beliau dari buku Ikan di laut, asam di darat...
PUDING KULIT KAYU MANIS:

Bahan-bahannya:

4 biji telur
400 ml santan
150 gm gula melaka (diparut) @ gula merah
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Cara membuatnya:

1.  Pukul semua bahan di dalam mangkuk menggunakan pemukul tangan sehingga sebati.
2.  Tapis untuk mengelakkan gula yang tak hancur.
3.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk nasi kecil ala Cina & kukus selama 30 minit dengan kepanasan air kukusan yang tak menggelegak. Jika air kukusan terlalu panas, tekstur puding akan menjadi kasar. Enak dimakan ketika sejuk.
Chef suruh guna pemukul tangan saja, tapi terlebih rajin pi pakai mixer
Pengukus moden. Tak boleh control air menggelegak
Sementara menunggu puding, hidangan sampingan dah tersedia. Lempeng bersama kari nyonya yang marvellous. Hidangan tersebut sebenarnya dah overshadow my puding. Bukan main bangga la pembuatnya. Siapa??? You guest. Hahaha... Lain kali I share resepinya pulak.
Inilah puding kulit kayu manis yang so-so aje
Dalam resepi tu tak ada kuah kastard, tapi I pandai-pandai buat.
Penambahbaikan

1.   Tak perlu guna mixer. Bancuh pakai tangan je.

2.   Puding agak berair sebab agak lambat angkat. Dah masuk wap air.

3.   Try guna pengukus tradisional untuk control suhu air kukusan.

4.  Guna mangkuk cina seperti yang disarankan. I pakai bekas untuk bakar kek sebab nak beli tak jumpa pulak.

5.   Mistake terbesar I buat ialah kastard. Patutnya tak payah sebab kastard tu untuk resepi lain Chef Adu...Kalau I masuk ujian cipta rasa dalam Masterchef, mesti dah kena hantar ke pusingan penyingkiran. Mesti Chef Joe cakap, "Kastard tu buat anda memakai apron hitam untuk kali ni..." Hahaha...berangan...

Insya-Allah, kalau resepi ni dibuat dengan teknik yang betul pasti hasilnya lebih memuaskan. Selamat mencuba...!

Sunday, December 22, 2013

Mencuba hidangan Tok Ti...

Sudah terlalu lama hasrat berblog mengenai fotografi & kulinari tertangguh...

Namun hati meronta-ronta & jeng...jeng...jeng...akhirnya I memilih untuk mencuba resepi Tok Ti. Tok Ti?? Siapa Tok Ti?? Lawyer? Majistret? Doktor? Apa...? Tok Ti penyanyi wanita tersohor??? 

Al-kisahnya resepi ini dibukukan sebelum beliau menerima title Datuk' sekitar tahun 2005. Kepada yang berhajat mencuba resepi-resepi lain, silalah mencari 'Seleksi Rasa Selebriti' keluaran Karangkraf. Itu pun kalau masih ada dijual. Muahhh....

Buku resepi...sangat amatur lagaknya
                                                      
PUDING ROTI BADARSILA:

Bahan-bahannya:

700 gm roti sandwich
1 tin susu cair
10 biji telur
250 gm gula pasir
300 gm kismis
300 gm buah kurma (buang biji)
200 gm mentega (dicairkan)
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanila

Sebelum resepi tu ditulis, ada la sikit interview dengan Tok Ti tapi ada partnya temuramah-temuramah tu tak selari dengan resepi. Macam mana tu? Kalau orang yang lurus bendul ikut satu-persatu resepi mesti pening. Dahlah resepi pun salah...ikutkan 1 tin susu segar! Mana ada susu segar jual dalam tin? I pun pandai-pandai tukar jadi susu cair (actually my wife yang beli bahan-bahan...hahaha)

SOS KASTARD SANGGAR MUSTIKA:

500 ml susu segar
80 gm gula pasir
30 gm gula kastard
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos ni pun sama. Tok Ti kata dia buat guna susu pekat campur susu cair. Tapi resepi tulis susu segar & susu pekat tak tertulis pun. I pun gunalah susu segar & campur sesudu besar susu pekat. Memang kena masuk susu pekat bagi kental.

Cara membuatnya:

1. Potong roti kecil-kecil. Pukul susu cair, telur & serbuk kayu manis bersama gula pasir sehingga  hancur. Tambahkan esen vanila.

2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam roti & rendam kira-kira 1/2 jam. Bila adunan dah lembut, campurkan kismis & kurma. Kacau & gaul rata-rata.

Macam come je, macam cantik je adunan ni
3. Sapukan acuan dengan mentega & masukkan aduan ke dalam acuan. Tuangkan mentega yang dicairkan ke atas adunan.

4. Bakar dalam suhu 180 celcius selama 45 minit atau mengikut saiz acuan sehingga masak.

5. Untuk sos, panaskan susu segar & gula pasir sehingga mendidih. Cairkan tepung kastard dengan sedikit susu segar. Apabila mendidih, tuangkan tepung kastard tadi ke dalam susu segar. Tambahkan esen vanila.

6. Kacau sehingga sebati & kelihatan pekat sedikit. Jangan dikacau lama untuk mengelakkan daripada berketul. Tapis & sejukkan sebelum dihidang bersama Puding Roti Badarsila.

Benarlah penantian satu seksaan...

...tapi kenapa macam tak kena jer dengan namanya Badarsila? Mungkin Puding Roti Beyonce or Dayang Nurfaizah lebih sesuai sebab rupanya hitam manis...hahaha...

Makan dengan Sos Kastard Sanggar Mustika
                                   
Penambahbaikan (untuk dicuba lain masa):

1. Kurangkan bahan-bahan seperti roti & telur kepada separuh. Puding ni dapat satu talam besar! Kalau ada 'askar-askar' bolehlah perabih...nasib baik I bagi jiran sebelah rumah sepiring. Selebihnya bawa ke rumah my FIL & MIL...hahaha...depa jenis tak cerewet makan.

2. Lebih baik mentega tu tak dicairkan tapi pukul sekali dengan susu cair, telur & gula pasir. I terlupa mentega patutnya dicairkan guna kaedah double boiler, bukannya api terus. Kan dah berminyak masa tuang atas adunan sebelum dibakar. Masa nak potong ya ampun lagi berminyak. Kesian my wife sebab dia yang potong...hehehe

3. Kerak roti sepatutnya dibuang. Barulah dapat warna cerah ala-ala Tok Ti juga...(Tok Ti tak story betul-betul dia punya resepi ni...hmm...)

4. Guna unsalt butter. My wife makan terkena bahagian masin hasil tuangan tak sekata mentega cair. Asyik kena getah jer dia, I ler kena dengar omelan dia.

5. Masa memasak or suhu oven patut dikurangkan! Nasib baik I tak lurus bendul, lepas 15 minit macam terbau hangit & tengok warna puding pun dah semacam terus turunkan suhu ke 60 celcius. Kalau tak, bukan setakat puding Beyonce @ Dayang Nurfaizah malah jadi Puding Orang Minyak terus!

6. I tak bubuh kurma sebab kurma tak ada. Boleh? Mungkin kurma akan menyerikan lagi puding ni. Rendam tu biar 1/2 jam or lebih bagi aduan meresap dalam roti. I rendam 15 minit je sebab tak sabar nak makan.

7. Kastard yang dah siap jangan lupa tapis. Yang ni memang silap I ler...tak baca habis. Memang agak berketul tapi rasa sedap. Ewah...

Selamat mencuba....!